Bila aku membaca Utusan Malaysia semalam...
Tiba2 cover page tertulis 'Kristian Agama Rasmi Persekutuan'?
Bila aku baca isi2nya, ternyata DAP dipersalahkan...
Memang benar ape yg tertulis berkenaan Ahli Parlimen Jeffrey Ooi dari DAP menyertai upacara & mesyuarat di gereja tetapi...
Perlu ke menjadi isu?
Isunya 'Kristian Agama Rasmi Persekutuan'?
Umum sudah maklum Utusan Malaysia, Berita Harian menjadi medan kerajaan untuk menyalurkan maklumat yg betul mengenai kerajaan walhal maklumat yg 'against' kerajaan akan ditapis...
Kerajaan sebelum ini selalu memainkan isu pembangkang tidak menghormati perlembagaan...
Ternyata dengan kenyataan dari Utusan Semalam berkenaan isu tersebut...
Kerajaan seolah2 MENGHINA perlembagaan kerana menyentuh aspek keagamaan...
Sudah termaktub di dalam perlembagaan Islam Agama Rasmi Persekutuan, kenapa perlu mengeluarkan sentimen berkenaan, yang akan mengakibatkan Islam & Kristian akan berpecah belah...
Utusan Malaysia perlu meneliti ape yang ditulis, jangan menyinggung perasaan rakyat kita...
Kerajaan dilihat tidak telus dalam hal ini, mempermainkan perlembagaan yang sudah termaktub...
Sebelum ini menuduh pembangkang menyebar ideologi yang bercanggah dengan prinsip perlembagaan, ini kerajaan sendiri yg cuba memutarbelitkan fakta yg tidak benar & mengiyakan penipuan yang sama sekali tidak benar. Isu agama sangat sensitif, jangan jadikan agama sebagai alat memecahbelahkan umat Islam & agama lain.

0 comments:
Post a Comment